5 Sept 2017

PERASAAN IBU MENYUSU

PERASAAN IBU MENYUSU


Ketika Breastfeed (menyusui anak)
Satu perasaan menjelma.
Sayang sangat pada dia.
Kita tenung dia,
Dia tenung kita.
Allah, seronok.

Selesai sesi tenung mata
macam jatuh cinta,
Bersambung pula masuk jari ke dalam mulut emaknya.
Tak puas dengan itu,
Usap pula pipi emaknya.
Sambil senyum manja,
Sayang benar dia pada kita.

Nak berkata,
Belum tiba masanya.
Jadi itu sahajalah tanda yang dia mampu,
Untuk tunjuk kasihnya pada kita.

Sambil dia menyusu,
Kita curi-curi lihat mata dia.
Sekejap bulat, sekejap kuyu.
Kita senyum.
Usap kepala dia.
Usap tangan dia.
Cium kepala dia.
Nak dia tahu,
Yang kita sayang juga pada dia.

Paling emaknya suka lihat adalah
Mata dia.
Sebab mata dia bercahaya.
Penuh kasih sayang.
Tulus ikhlas.
Sampai emaknya lupa
Sakit dan penatnya,

Indahnya..bercinta.
Mata, hidung, mulut dan pipinya
Semakin lama, semakin berubah.
Semakin banyak juga gaya menyusu dia.

Tapi,
Sentuhan lembut dia tetap sama.
Renungan jatuh cinta dia,
Terus bercahaya.

Mama harap,
Selama-lamanya sama.

#copyandpastemikhailkhan

No comments: